Tuesday, August 11, 2015

13 PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG KAYA DAN BERJAYA.
1. Mereka menyiapkan diri untuk ke negara abadi. Mereka cipta kejayaan di dunia. Mereka selalu berada di taman taman syurga. Mereka ingin pula berada di syurga. Mereka menyiapkan diri untuk sendirian semasa hari tua. Mereka menelan semua emosi marah dan dengki. Mereka berdamai dengan diri.
2. Mereka menjaga pemakanan. Mereka menghitung kalori. Mereka melakukan exercise 4 kali seminggu. Kajian menunjukkan kalangan yang kaya dan berjaya ini makan sedikit dari sepatutnya. Berhenti sebelum kenyang. Mereka tidak pelahap.
3. IQ adalah penting. Kita tidak mahu jadi tidak ketahuan. Namun IQ adalah pasport untuk masuk lebuhraya kejayaan. Kajian menunjukkan 85 hingga 90% faktor mereka yang kaya dan berjaya ini dapat sampai ke puncak adalah kerana mempunyai EQ yang tinggi.
4. Hidup adalah dengan memberi. Ianya bayar dahulu sebelum perolehi. Berkongsi apa yang ada dengan sepenuh hati.
Kekayaan bukan dimaksudkan dengan berapa banyak yang kita ada. Ianya adalah tentang berapa ramai manusiayang tersentuh dengan apa yang kita kongsikan. Ianya tentang kaya jiwa yang mengalirkan mutiara samada dalam bentuk khidmat atau produk terbaik mahupun kata kata berisi buat mendamai tenteramkan jiwa jiwa lain disampingnya.
5. Bekerja betul. Ini kata kuncinya. Buat sesuatu mengikut iramanya. Seimbangkan antara masa bekerja dengan masa masa yang diperuntukan untuk perkara lain. Bekerja keras dalam edah masa. Kemudian berehat. Kemudian bekerja keras lagi. Kerbau pun ada masa berhenti membajak. Namun, usahlah jadi kucing parsi yang asyik mahu bermanja tanpa berbuat apa apa.
6. Formula 80:20. Setelah tahu 80% maka ambil risiko. Hanya 20%. Ini baru dinamakan mengurus risiko pelaburan. Bukan 50:50. Itu perjudian. Mereka yang kaya dan berjaya tidak melakukan perjudian. Mereka buat pelaburan.
7. Mereka memilih aktiviti yang lebih produktif. Bukan menonton TV cerita drama dan sandiwara sahaja. Kajian menunjukkan 67% mereka yang kaya dan berjaya menonton TV kurang dari 1 jam sehari.
8. Mereka kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya masa. Mereka menjaga masa dengan begitu teliti sekali. Penting untuk mereka memanfaatkan masa sebaik mungkin. Masa berlalu 3 kali lebih pantas bagi mereka yang berusia 50 an berbanding dengan mereka yang berusia 30an.
9. Mereka ada matlamat. Mereka bekerja keras dan cerdas untuk mencapainya. Paling utama mereka tahu apa yang mereka mahu, bukan sekadar menulis matlamat sambil lalu begitu sahaja. 81% mereka yang kaya dan berjaya ada matlamat harian, mingguan, tahunan, 3 tahun, 5 tahun dan mengikut babak 25 tahun.
10. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak perkara kita tahu. Lebih banyak kita pelajari, lebih banyak tempat kita boleh pergi. Mereka membaca untuk belajar dan berkembang. Mereka meletakkan diri dalam situasi mahu berkembang lebih lagi.
Kajian menunjukkan 86% mereka yang kaya dan berjaya ini mengamalkan budaya membaca secaraberterusan. Paling kurang sebuah buku sebulan. Paling baik sebuah buku seminggu. Paling gila sebuah buku sehari.
11. Mereka ber- networking. Mereka menghabiskan sehari dalam sebulan untuk hadir seminar, forum ataupuan apa jua pertemuan yang dihadiri oleh kalangan yang serupa mereka. Ini tempat terbaik untuk bergesel bahu. Mereka datang untuk tujuan itu.
Mereka yang kuat itu saling mengangkat. Mereka cepat berbuat. Mereka gandakan usaha secara pintar untuk jadi 10 kali lebih baik dari sekarang.
12. Mereka sangat FOCUS. Tiada peduli kebisingan dan kehuru haraan. Tidak peduli kritikan dan ratapan. Tidak merasa sakit tertikam. Tidak merasa serik apabila darah kelukaan kehampaan mengalir tanpa henti. Mereka tidak menyimpan dendam. Mereka tidak mahu berlama lama di mahkamah akhirat.
13. Mereka bangun pagi dalam subuh dini. 3 jam lebih awal dari orang lain. Mereka menagis basah atas sejadah menyesali dosa silam dan berdoa mahu dapat rahmat Allah menjadi penghuni syurga di negara kekal abadi nanti.

sumber ; https://www.facebook.com/pages/Guru-Bisnes-Kecil/1478849092432770?fref=nf

0 comments:

Post a Comment