Saturday, December 19, 2015

KHASIAT EPAL HIJAU DAN EPAL MERAH



EPAL MERAH :

Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan melawan. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.




EPAL HIJAU :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Tuesday, October 20, 2015

KENAPA BUAH POTONG?

  1. Keperluan kesihatan semua orang.
Hari ini sudah ramai rakyat  Malaysia sedar tentang penjagaan kesihatan, di tambah pula dengan kos perubatan yang tinggi.  Buah potong menjadi makanan baik  untuk mereka yang mengamalkan diet yang sihat.

  1. Margin keuntungan tinggi.
Konsep timbang ini menjadi pilihan dalam business model buah potong ini.
Keuntungan pertama adalah pelanggan sendiri yang menetapkan harga untuk buah yang mereka pilih (layan diri). Berat buah yang di jual akan menambah margin keuntungan. Bagaimana mahu menpengarui berat buah?
Jawapannya adalah skill memotong buah.

  1. Senang diurus.
Tidak perlu kepakaran tertentu, Cuma perlu kemahiran MEMOTONG, MENJUAL & MENGURUS.

  1. Pelanggan berulang.
Mereka boleh memilih untuk memakan buah potong setiap hari. Kebanyakan buah potong yang di jual sesuai untuk semua golongan

  1. Modal permulaan minima.
Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Ianya juga dipengarui oleh faktor jangka hayat buah tersebut. Sekitar RM2000 hingga rm5000

  1. Produk yang di sukai ramai
Produk yang boleh di beli oleh semua orang,

  1. Risiko yang sangat rendah

Disebabkan modal permulaan yang rendah, maka risikonya juga tidak besar. Tidak seperti kos membuka butik pakaian yang terpaksa menyimpan stok yang banyak.


Tuesday, September 8, 2015

TUKAR JAWAPAN

1:Asal: Aku takde duit nak berniaga.
Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.
2:Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.
3:Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.
4 :Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.
5 :Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.
6 :Asal : Aku takut sombong bila kaya.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.
7:Asal :Aku banyak hutang.
Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.
8 :Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.
9 : Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.
10: Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Shaa ALLAH. Amin

Wednesday, August 19, 2015

TENTANG roi business buah potong
Ianya adalah kuasa besar tentang MARGIN
~ adakah buah yang kita jual banyak terbuang kerana skill memotong
~ bagaimana membuat up selling dengan pembelian terlebih
~ bagaimana memindahkan kos bahan kita kepada pelanggan
~ lokasi
*Margin
Harga jambu air di pasaran bagi harga borong adalah rm7/kg paling mahal, lebih mahal dari itu tak payah beli.
Apabila memotong hanya 10%-20% sahaja terbuang dan selebihnya akan di jual.
Disini perlukan skill, pisau yg di gunakan, gred buah yang kita beli.
Harga jualan selepas di potong rm22/kg
Marginnya melebihi 100%
Harga untuk pelam pula rm6-7 /kg
Jika di musim buah banyak sekitar rm2-rm4 sahaja.
Bahagian yang terbuang adalah 30-40% selepas dipotong-potong.
Saya ambil contoh 2 jenis buah ini kerana ia melibatkan margin dan laku keras.
Bagaimana pula memindahkan kos bahan kepada pelanggan.
1. Serbuk asam mesti di timbang sekali semasa pembelian.
2. Pembelian menggunakan bekas adalah di galakkan, ianya menjadikan 'persepsi manusia untuk memenuhkan bekas tersebut semasa membeli buah'.
3. Semasa pembelian skill yang biasa di ajar adalah dengan bercakap :
Kat sini layan diri, boleh campur-campur.
Nak masuk plastik boleh, nak masuk bekas pun boleh...
Pada masa yg sama tgn kanan memegang bekas, tangan kiri memegang plastik. Bekas di hulur ke hadapan,
Menjadi lumrah, org melayu seperti saya akan ambil tangan kanan


13 formula Mengubah kehidupan
Dari dr azizan osman at BAHTERA 2015


#1 desire
Keinginan yang membakar
Kata-kata cabaran yang membara kita kepada 1 perasaan 'tercabar'
Cari dia punya "why" pada orang yang berjaya.
"Semangat business itu datang dari pemilik business itu sendiri"
#2 be tough
Kekuatan yang memaksa atau bahasa mudah 'kebal'
Rejection- 'minda' paling besar dalam diri kita. Tiada istilah 'biawak' yang mempengaruhi tindakan kita
#3 clear target
Matlamat yang jelas
Buat kajian supaya faham apa yang ingin di capai
#4 leverage on technology
Fahami dunia online dan teknologi
#5 build A-team
Cari yang terbaik dalam team dalam kata erti lain kategori 'A'
#6 timing is everything
Jangan buang masa
Start kecik-kecik dulu NOW!
Proses kejayaan akan bermula dengan bertindak
#7 turnover/finane
Pengurusan kewangan dan takbir urus
#8 tenacity
Jangan cakap tak boleh
"Tetapi bagaimana nak kasi boleh"
Beritahu saya cara dan apa perlu buat
#9 tracking
Sales, progress,
Tahu dan sedar "kita di mana SEKARANG"
Raikan kejayaan itu.
Contoh
Berapa ramai yang masuk kedai kita hari ini, kenapa tak ramai
#10 Be Transparent
Berterus terang
Share ape yang berlaku sebenar
"Bina team yang tulin"
#11 kuasai minda & kuasai busines
Marketing
Sales
Operasi
Finance
Hr
#12 keep growing/keep learning
-jangan berenti belajar
-business akan up gred sekiranya diri kita up gred
M.E.S.T.I
Menter
Elmu -emosi
Strategy
Tindakan luar biasa
Impian yang sangat jelas
#13 fokus on result
Setiap tindakan dan keputusan yang di buat pastikan end result itu membawa ke arah matlamat yang dicapai

Wednesday, August 12, 2015

JOM JADI USAHAWAN !!! AYUH BANGKIT !!! 

1.Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!

12.Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusiayang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai


Petikan ini viral di facebook 
Apabila anda faham tentang 5 modal busines
Ia akan jadi langkah pertama dalam planet business

alat pemotong nenas







LANGKAH pertama

1. dapatkan nenas bersaiz sederhana dan potongkan bahagian mahkotanya
2. mulakan bahagian mahkotanya dahulu
3. tekan dan putarkan nya

selamat mencuba!



RM30 SAHAJA
WHATSAPP : 017 2550124


INGIN MENIKMATI ICE-CREAM SEMASA SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM !!



ANDA mengalami masalah sakit gigi?? adakah anada tahu, satu sudu teh gula putih hanya mengandungi 16 kalori. Kita menggunakan gula tanpa disedari . Adalah mustahil bagi kita membuat kek tanpa menggunakan sebrang tepung, lemak dan gula. Sekiranya anda tidak menggunakan gula sebagai asas dalam makanan anda telah mengurangkan kadar kalori dari lemak dan sumber kanji.
Ini tidak membantu menyelesaikan masalah gigi anda sehingga sekarang?






Tuesday, August 11, 2015



impian menjadi kenyataan
bermula dengan perniagaan jalanan


RESEPI PELAM ASAM BOI














cara paling mudah;

1. kupas & buang kulit kemudian rendam dalam air garam yang sejuk
2. potong secara memanjang & nipis
3. taburkan sedikit gula halus
4. potongkan cili api
5. campurkan asam boi.

untuk resepi pelam asam boi ini tahan lebih lama

1. kupas & buang kulit
2. potong secara memanjang & nipis
3. kemudian rendam dalam air yang di campur sodium benzoite  + asid sitrik + gula kasar + garam         dan simpan di dalam chiller selama semalaman.
4. tos kan buah tersebut ( buang airnya )
5. taburkan sedikit gula halus
6. potongkan cili api
7. campurkan asam boi.
8. masukan dalam bekas dan simpan di tempat sejuk (2-3 minggu tahan)
    jika di biarkan di suhu bilik 3-4 hari




13 PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG KAYA DAN BERJAYA.
1. Mereka menyiapkan diri untuk ke negara abadi. Mereka cipta kejayaan di dunia. Mereka selalu berada di taman taman syurga. Mereka ingin pula berada di syurga. Mereka menyiapkan diri untuk sendirian semasa hari tua. Mereka menelan semua emosi marah dan dengki. Mereka berdamai dengan diri.
2. Mereka menjaga pemakanan. Mereka menghitung kalori. Mereka melakukan exercise 4 kali seminggu. Kajian menunjukkan kalangan yang kaya dan berjaya ini makan sedikit dari sepatutnya. Berhenti sebelum kenyang. Mereka tidak pelahap.
3. IQ adalah penting. Kita tidak mahu jadi tidak ketahuan. Namun IQ adalah pasport untuk masuk lebuhraya kejayaan. Kajian menunjukkan 85 hingga 90% faktor mereka yang kaya dan berjaya ini dapat sampai ke puncak adalah kerana mempunyai EQ yang tinggi.
4. Hidup adalah dengan memberi. Ianya bayar dahulu sebelum perolehi. Berkongsi apa yang ada dengan sepenuh hati.
Kekayaan bukan dimaksudkan dengan berapa banyak yang kita ada. Ianya adalah tentang berapa ramai manusiayang tersentuh dengan apa yang kita kongsikan. Ianya tentang kaya jiwa yang mengalirkan mutiara samada dalam bentuk khidmat atau produk terbaik mahupun kata kata berisi buat mendamai tenteramkan jiwa jiwa lain disampingnya.
5. Bekerja betul. Ini kata kuncinya. Buat sesuatu mengikut iramanya. Seimbangkan antara masa bekerja dengan masa masa yang diperuntukan untuk perkara lain. Bekerja keras dalam edah masa. Kemudian berehat. Kemudian bekerja keras lagi. Kerbau pun ada masa berhenti membajak. Namun, usahlah jadi kucing parsi yang asyik mahu bermanja tanpa berbuat apa apa.
6. Formula 80:20. Setelah tahu 80% maka ambil risiko. Hanya 20%. Ini baru dinamakan mengurus risiko pelaburan. Bukan 50:50. Itu perjudian. Mereka yang kaya dan berjaya tidak melakukan perjudian. Mereka buat pelaburan.
7. Mereka memilih aktiviti yang lebih produktif. Bukan menonton TV cerita drama dan sandiwara sahaja. Kajian menunjukkan 67% mereka yang kaya dan berjaya menonton TV kurang dari 1 jam sehari.
8. Mereka kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya masa. Mereka menjaga masa dengan begitu teliti sekali. Penting untuk mereka memanfaatkan masa sebaik mungkin. Masa berlalu 3 kali lebih pantas bagi mereka yang berusia 50 an berbanding dengan mereka yang berusia 30an.
9. Mereka ada matlamat. Mereka bekerja keras dan cerdas untuk mencapainya. Paling utama mereka tahu apa yang mereka mahu, bukan sekadar menulis matlamat sambil lalu begitu sahaja. 81% mereka yang kaya dan berjaya ada matlamat harian, mingguan, tahunan, 3 tahun, 5 tahun dan mengikut babak 25 tahun.
10. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak perkara kita tahu. Lebih banyak kita pelajari, lebih banyak tempat kita boleh pergi. Mereka membaca untuk belajar dan berkembang. Mereka meletakkan diri dalam situasi mahu berkembang lebih lagi.
Kajian menunjukkan 86% mereka yang kaya dan berjaya ini mengamalkan budaya membaca secaraberterusan. Paling kurang sebuah buku sebulan. Paling baik sebuah buku seminggu. Paling gila sebuah buku sehari.
11. Mereka ber- networking. Mereka menghabiskan sehari dalam sebulan untuk hadir seminar, forum ataupuan apa jua pertemuan yang dihadiri oleh kalangan yang serupa mereka. Ini tempat terbaik untuk bergesel bahu. Mereka datang untuk tujuan itu.
Mereka yang kuat itu saling mengangkat. Mereka cepat berbuat. Mereka gandakan usaha secara pintar untuk jadi 10 kali lebih baik dari sekarang.
12. Mereka sangat FOCUS. Tiada peduli kebisingan dan kehuru haraan. Tidak peduli kritikan dan ratapan. Tidak merasa sakit tertikam. Tidak merasa serik apabila darah kelukaan kehampaan mengalir tanpa henti. Mereka tidak menyimpan dendam. Mereka tidak mahu berlama lama di mahkamah akhirat.
13. Mereka bangun pagi dalam subuh dini. 3 jam lebih awal dari orang lain. Mereka menagis basah atas sejadah menyesali dosa silam dan berdoa mahu dapat rahmat Allah menjadi penghuni syurga di negara kekal abadi nanti.

sumber ; https://www.facebook.com/pages/Guru-Bisnes-Kecil/1478849092432770?fref=nf
Pentingnya validasi
1. Tidak menjual barang syok sendiri
2. Jual produk yang pelanggan mahu
3. Tidak menumpukan produk yang margin tinggi.
Seperti yang saya kongsikan pada bengkel busines buah potong ini saya kelaskan dengan istilah
Laku keras vs margin tinggi
Kategorikan jenis buah
1. Harga modal rendah
2. Cepat rosak
3. Kurang di gemari atau alahan
Contohnya.
Modal rendah = sengkuang, tembikai merah
Cepat rosak = aneka jenis tembikai, pelam muda.
Kurang di gemari/ alahan.
Nangka alahan kepada mereka ada lelah, atau mengandung kerana buah ini jenis berangin- tetapi ia menu teringin.
Sengkuang, dan aneka tembikai, nenas
Apa yang saya lakukan adalah:-
*Teknik susunan pada jenis buah yg cepat rosak
*waktu yang sesuai untuk memotong buah
*teknik mengurangkan risiko buah terbuang.
Kami juga membuat penilaian siapa pelanggan kami
*apabila mereka membeli barangan grocery
-Apakah yang mereka beli.
-Berapa banyak mereka belanjakan.
-Berapa kerap mereka berbelanja dalam sebulan
-jenama yang menjadi pilihan mereka dalam membeli minyak masak, beras, barangan cucian
- lampin pakai buang yang di gunakan utk baby, jenama susu.
margin vs untung















Buah jambu gred AA
Harga rm5.50 - rm6.50
Beberapa ilmu dapatan yang ingin di kongsikan
Kita anggarkan harga rm6/ kg
1 bakul 18kg, nett 15 kg = rm90
Setelah di potong dengan cara yang betul kita akan dapati bahagian yang terbuang adalah sedikit. Gambar di bawah ini menunjukan buah yang terbuang tidak sampai 1.5kg.
Sekarang sy ingin menunjukan margin jualan untuk buah jambu air ini. Anggaran berat bersih bagi jambu air setelah di potong adalah 13kg (2 kg buang)
Harga jualan rm22/kg
13 × 22 = rm 286
Kos modal rm90

Untung untuk 13kg buah potong adalah =
rm 196.
Untung 'BESAR' dalam busines buah potong ini adalah sekiranya kita berjaya menjual kesemua buah yang di potong tanpa terbuang!!

Bagaimana pula membuat up selling
Bagaimana pula membuat pelanggan 'terbeli lebih' dan bagaimana pula mengurangkan risiko buah terbuang.

Nota : rekod tertinggi 500kg jambu air dalam masa 4 hari semasa cuti umum belum di campurkan dengan buah-buah yang lain