Monday, June 17, 2019

Pengurusan buah potong

Buah yang potong tu kalau tak habis jual esok boleh jual lagi tak?

Jawapan saya. Kalau elok jual lah. Kalau x elok buang. Ianya bergantung bagaimana kita simpan.

Tetapi perkara yang lebih penting dari itu adalah fikirkan 10 cara untuk jual buah itu sebelum ke tong sampah.

Ini contoh.
Kitaran buah-buahan.

1. Buah timbang
- jual per / kilo atau harga borong.
- hamper buah

2. Buah potong timbang.
- konsep kiosk

3. Buah potong
- container petak
- masuk cawan 500
- masuk cawan 360
- boleh juga masuk cawan jumbo (pernah buat utk mix buah tembikai.) Mereh. Oren. Susu.
- masuk dalam box exclusive (rm40/box)
- buat asam boi
- mix buah potong dalam cup / container petak

4. Juice buah

Saturday, December 19, 2015

KHASIAT EPAL HIJAU DAN EPAL MERAH



EPAL MERAH :

Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan melawan. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.




EPAL HIJAU :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Tuesday, October 20, 2015

KENAPA BUAH POTONG?

  1. Keperluan kesihatan semua orang.
Hari ini sudah ramai rakyat  Malaysia sedar tentang penjagaan kesihatan, di tambah pula dengan kos perubatan yang tinggi.  Buah potong menjadi makanan baik  untuk mereka yang mengamalkan diet yang sihat.

  1. Margin keuntungan tinggi.
Konsep timbang ini menjadi pilihan dalam business model buah potong ini.
Keuntungan pertama adalah pelanggan sendiri yang menetapkan harga untuk buah yang mereka pilih (layan diri). Berat buah yang di jual akan menambah margin keuntungan. Bagaimana mahu menpengarui berat buah?
Jawapannya adalah skill memotong buah.

  1. Senang diurus.
Tidak perlu kepakaran tertentu, Cuma perlu kemahiran MEMOTONG, MENJUAL & MENGURUS.

  1. Pelanggan berulang.
Mereka boleh memilih untuk memakan buah potong setiap hari. Kebanyakan buah potong yang di jual sesuai untuk semua golongan

  1. Modal permulaan minima.
Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Ianya juga dipengarui oleh faktor jangka hayat buah tersebut. Sekitar RM2000 hingga rm5000

  1. Produk yang di sukai ramai
Produk yang boleh di beli oleh semua orang,

  1. Risiko yang sangat rendah

Disebabkan modal permulaan yang rendah, maka risikonya juga tidak besar. Tidak seperti kos membuka butik pakaian yang terpaksa menyimpan stok yang banyak.


Tuesday, September 8, 2015

TUKAR JAWAPAN

1:Asal: Aku takde duit nak berniaga.
Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.
2:Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.
3:Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.
4 :Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.
5 :Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.
6 :Asal : Aku takut sombong bila kaya.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.
7:Asal :Aku banyak hutang.
Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.
8 :Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.
9 : Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.
10: Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Shaa ALLAH. Amin

Wednesday, August 19, 2015

TENTANG roi business buah potong
Ianya adalah kuasa besar tentang MARGIN
~ adakah buah yang kita jual banyak terbuang kerana skill memotong
~ bagaimana membuat up selling dengan pembelian terlebih
~ bagaimana memindahkan kos bahan kita kepada pelanggan
~ lokasi
*Margin
Harga jambu air di pasaran bagi harga borong adalah rm7/kg paling mahal, lebih mahal dari itu tak payah beli.
Apabila memotong hanya 10%-20% sahaja terbuang dan selebihnya akan di jual.
Disini perlukan skill, pisau yg di gunakan, gred buah yang kita beli.
Harga jualan selepas di potong rm22/kg
Marginnya melebihi 100%
Harga untuk pelam pula rm6-7 /kg
Jika di musim buah banyak sekitar rm2-rm4 sahaja.
Bahagian yang terbuang adalah 30-40% selepas dipotong-potong.
Saya ambil contoh 2 jenis buah ini kerana ia melibatkan margin dan laku keras.
Bagaimana pula memindahkan kos bahan kepada pelanggan.
1. Serbuk asam mesti di timbang sekali semasa pembelian.
2. Pembelian menggunakan bekas adalah di galakkan, ianya menjadikan 'persepsi manusia untuk memenuhkan bekas tersebut semasa membeli buah'.
3. Semasa pembelian skill yang biasa di ajar adalah dengan bercakap :
Kat sini layan diri, boleh campur-campur.
Nak masuk plastik boleh, nak masuk bekas pun boleh...
Pada masa yg sama tgn kanan memegang bekas, tangan kiri memegang plastik. Bekas di hulur ke hadapan,
Menjadi lumrah, org melayu seperti saya akan ambil tangan kanan


13 formula Mengubah kehidupan
Dari dr azizan osman at BAHTERA 2015


#1 desire
Keinginan yang membakar
Kata-kata cabaran yang membara kita kepada 1 perasaan 'tercabar'
Cari dia punya "why" pada orang yang berjaya.
"Semangat business itu datang dari pemilik business itu sendiri"
#2 be tough
Kekuatan yang memaksa atau bahasa mudah 'kebal'
Rejection- 'minda' paling besar dalam diri kita. Tiada istilah 'biawak' yang mempengaruhi tindakan kita
#3 clear target
Matlamat yang jelas
Buat kajian supaya faham apa yang ingin di capai
#4 leverage on technology
Fahami dunia online dan teknologi
#5 build A-team
Cari yang terbaik dalam team dalam kata erti lain kategori 'A'
#6 timing is everything
Jangan buang masa
Start kecik-kecik dulu NOW!
Proses kejayaan akan bermula dengan bertindak
#7 turnover/finane
Pengurusan kewangan dan takbir urus
#8 tenacity
Jangan cakap tak boleh
"Tetapi bagaimana nak kasi boleh"
Beritahu saya cara dan apa perlu buat
#9 tracking
Sales, progress,
Tahu dan sedar "kita di mana SEKARANG"
Raikan kejayaan itu.
Contoh
Berapa ramai yang masuk kedai kita hari ini, kenapa tak ramai
#10 Be Transparent
Berterus terang
Share ape yang berlaku sebenar
"Bina team yang tulin"
#11 kuasai minda & kuasai busines
Marketing
Sales
Operasi
Finance
Hr
#12 keep growing/keep learning
-jangan berenti belajar
-business akan up gred sekiranya diri kita up gred
M.E.S.T.I
Menter
Elmu -emosi
Strategy
Tindakan luar biasa
Impian yang sangat jelas
#13 fokus on result
Setiap tindakan dan keputusan yang di buat pastikan end result itu membawa ke arah matlamat yang dicapai

Wednesday, August 12, 2015

JOM JADI USAHAWAN !!! AYUH BANGKIT !!! 

1.Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!

12.Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusiayang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai


Petikan ini viral di facebook 
Apabila anda faham tentang 5 modal busines
Ia akan jadi langkah pertama dalam planet business