Tuesday, October 20, 2015

KENAPA BUAH POTONG?

  1. Keperluan kesihatan semua orang.
Hari ini sudah ramai rakyat  Malaysia sedar tentang penjagaan kesihatan, di tambah pula dengan kos perubatan yang tinggi.  Buah potong menjadi makanan baik  untuk mereka yang mengamalkan diet yang sihat.

  1. Margin keuntungan tinggi.
Konsep timbang ini menjadi pilihan dalam business model buah potong ini.
Keuntungan pertama adalah pelanggan sendiri yang menetapkan harga untuk buah yang mereka pilih (layan diri). Berat buah yang di jual akan menambah margin keuntungan. Bagaimana mahu menpengarui berat buah?
Jawapannya adalah skill memotong buah.

  1. Senang diurus.
Tidak perlu kepakaran tertentu, Cuma perlu kemahiran MEMOTONG, MENJUAL & MENGURUS.

  1. Pelanggan berulang.
Mereka boleh memilih untuk memakan buah potong setiap hari. Kebanyakan buah potong yang di jual sesuai untuk semua golongan

  1. Modal permulaan minima.
Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Ianya juga dipengarui oleh faktor jangka hayat buah tersebut. Sekitar RM2000 hingga rm5000

  1. Produk yang di sukai ramai
Produk yang boleh di beli oleh semua orang,

  1. Risiko yang sangat rendah

Disebabkan modal permulaan yang rendah, maka risikonya juga tidak besar. Tidak seperti kos membuka butik pakaian yang terpaksa menyimpan stok yang banyak.